27 May 2012

Kuala Pilah wey

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih




Err..ape ni? Motip motip?? Ehehehehe saje nak bagitau ..woi gua dah sampai Kuala Pilah woi!!

 Hohoho..eksaited eah? I don't care. Alhamdulillah sampai dalam lebih kurang pukul 5 lebih. Takdelah lame sangat..tapi sempat kejung la jugak kaki aku dalam kereta lama lama kan.. Pastu, keluar tol mane ntah..kat situ dah mula masuk jalan dalam. Omakaihhh..pening gile kau. Jalan bengkak bengkok macam ular kene palu. Aku tak boleh buat apa. Tawakal je dalam kereta sambil takup muka dengan bantal. Itu pun tak jalan. Duk diam mcm patung cendana. Eah..comel kan cenggitu..hohohoho

Tiba tiba je ade signboard Kuala Pilah, jantung gua terus berdebar debar. Aku tanya mak, 'Mak! Ni dah sampai ke?' Mak pun angguk angguk. Walaweyhhhh dah sampai la. Aku pon jerit sepuas hati aku.= =' . Pastu kitorang pun carik arr RestHouse yang dah di booking hari tu. Bape kali pusing ntah, tak jumpa jumpa. Sekali lagi kepalaku ditimpa pening peningan. Wekk wekk nak muntah titer.

At last, jumpa jugak akhirnya. Atas bukit kau. Bila pandang bawah nampak orang tengah joging. Phewit phewit. Ehh ehh.. apehal ni?

Rest rest kejap rehatkan tulang temulang. Pastu..makaaaaaaaannn! Okay, part makan ni tak boleh blah. Aku pesan mi goreng, sekali dapat gile pedas. WOOOW..membahang perut aku. terbako kot agaknya. wakaka..Aku sedut air  sampai habis semua. Dasyat tak??

Habis makan, kitorang g survey2 KMNS. Sekali lagi tak jumpe jumpe. At last, masuk satu lorong pastu masuk lagi dah jumpa. Paham tak? Tak paham kan.. memang takde niat nak bagi korang paham. hoho. wokey, tergedik sikit lepas nampak KMNS depan mata. ISK ISK.. ape ni?? Ntah larr

Tunggu esok pulak. Sekarang tengah relax relax..tenangkan hati menunggu esok. Oh esokk.. T__T

26 May 2012

Going to US( United of Seremban)

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih


Satu hari je lagi. Tipulah kalau aku kata yang sekarang ni aku tengah relaks goyang kaki letak kaki ats meja sambil hisap cerut. Hamboiiii membongak. Cuak kebebehh u olls..

Esok, maybe dalam tengahari aku, mak dengan ayah akan bertolak ke Kuala Pilah . Memang pergi awal sikit since sesi pendaftaran untuk negeri Johor dengan negeri2 utara pukul 8-10 pagi. Stay la kat homestay sane semalam dalam erti kata lain membiasakan diri kat negeri orang ni. Sambil2 tu , makan hangin la jugak. hohoho Pergi bertiga je, dan aku menggunakan kuasa vetoku untuk membangkang sama sekali kalau akak aku ikut hantar aku nanti. haaa.. kejam tak? I don't care. Jangan tanya kenapa.

Dalam masa yang sama, aku sedihh. Sedih sebab jauh dengan Kluang. Sedih sebab jauh dengan family. Sedih sebab jauh dengan kawan kawan sume. Alah, korang pon bukan semua yang ada kat Kluang kan.. Sume dah merantau jauh jauh.. Sob sob sob.. Sedih sedih.. sedih noo kan.. Ikutkan memang awal awal tu aku harap dapat jauh jauh konon nak hidup independent ar kan. Bila tau dapat N Sembilan, quite seghonok la..dapat keluar dari Johor and gonna learn something from negeri lain kan. Bila makin dekat makin dekat ni.. haishhh  macam macam aku rasa dehhh..

Tapi takdelah blurr mane, sebab ramai jugak kroni2 kat sana. Student2 KMNS 2012 wanna be siap buat grup kat fesbuk . So, dapatlah saling mengenali sikit sikit. Berkenalan kat fesbuk, aishh masing masing propakan.. Dah jumpa aku tak tau la mcm mana nanti. Jeng jeng jeng. Waiting for the tru colours. Muehehe

Kawan kawanku yang dikasihi sekalian, make sure korang jangan lupakan aku eah. Even kat mane pon korang, don't u dare lupakan aku. Akulah budak paling ' baik, comel lagi mengiutkan ' yang WAJIB korang ingat kay?? Hope tak lost contact la lagi2 dah macam2 kemudahan sekarang ni. Sekarang ni kita jauh, suatu hari nanti insyaAllah kalau diizinkan kita mesti akan jumpe lagi. Series weyh..sedih ni.. Tak sanggup rasanya nak pisah dengan korang..** errrr

Oke pips, got to go.. maybe ini last entry for this month sebab kat sane terceruk sikit susah nak dapat coverage internet. Dan maybe aku jadi gile sebab aku skrg ni dah jadi internet addict. Waduh waduh.. Kaybai. Adiosssssss

Love uolls like a love song bebehh :

Sue, Alyn, Izzati Rahim, Izzaty Hidayah, Mai, Ain( gonna miss u macam banjir) , Syera, Akia, Adam, Zepa, Nash, Piza, Mila, Izzati Suhaimi, Alida, Nana, Aten, Teha, Ika, Anas, Kenneth, Umar, Yus, Nad, Deeba, Ayun, Farah, Hani, Anis, Jay, Ct, Siti, Atiqah, Sha, Ain Alias, Atika, Shima, Azik, Fakh, Kerol, Ijol, Aniq, Una, Syuhada, Ira, Fiq, Syahera, Ayu, Rasyidah, Erny, Anom, Yana  dan lain lain. Maaf tak sebut. Yang penting aku sayang korang la. Peace yaww!



Simple Spin

Freebies bacckground kali ini, aku buat ala ala spin. Tengok jelah ea. Agak agak ade yang minat, amik je.. kat sini sume bebas tol. Inform je..:))



http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/five.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-030726.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/four.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/three.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/two.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/one.png

Klasik

Background ala ala klasik. Silalah ambil kalau berkenan. Terima Kasih. 



http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-032931.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-034053.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-034234.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-034302.png



Clouds

Background untuk korang. Nama pun freebies so benda ni free la. Kalau berkenan , amik saje. Jangan lupa inform kayh.. Jap2..follow sekali. Tenkiup. Love u like a love song lah. 


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-0307262.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/cloud3.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/cloud1.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/cloud2.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/cloud4.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/cloud5.png

Stripes-vertical

Simple stripes untuk korang. Nyah hamiklah. Inform kayhh. =))


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025541.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025440.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025020.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025608.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025651.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025722.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/capture-20120526-025809.png


Flora

Kalau interested, korang diperkenankan untuk ambil . Tapi jangan lupa inform kay :DD



http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/floral2.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/floral1.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/floral3.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/floral4.png


http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/flower.png


Terima kasih daun keladi. ~

Backgrounds : Polka dots


Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
 Lagi Maha Pengasih

Yaww guys! Sebenarnya aku baru start nak berjinak jinak dalam dunia freebies ni. Sekadar mencuba cuba. So u guys kalau minat dengan hasil kerja tak seberapa ni.. amik saje.. Tak payah credit credit segala.. bagitau saje. Itu je dah memadai. At least, aku tau.. Enjoy kay. Terima kasih ~~




http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/polkadotsbackground.png



http://i1173.photobucket.com/albums/r592/hahazimah/smallpolkadots1.png








25 May 2012

Aktiviti Cutiku

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
 Lagi Maha Pengasih

3 hari je lagi , sebelum aku melucutkan jawatan sebagai cik penganggur terrrhormat dan kembali menjadi seorang student yang skema lagi ulat buku.Ecehh ye ke ulat buku? Propaa..propa.. Bezanya kali ni , aku dah tak payah pakai kain biru, tudung dengan baju putih, setiap pagi kena pergi bilik guru amik diari kelas pastu kemas kelas sampai semput semput and then beratur kat luar kelas setiap kali pukul 7 untuk nyanyi lagu Negaraku. Tak payah. Yeahhhhh!! : ))
Macam mana maha karya cinta punya seronok , tetap rasa rindu nak buat semua tu. Uhuk uhukk..

Aku admitlah 3,4 bulan cuti yang penuh dengan kebuhsanan ni banyak menukar sikap aku menjadi seorang yang pemalas.. Ngehngehngeh.. Sebulan dua masa awal cuti bolehlah tahan rajinnya. Pagi pagi bangun , pastu buat house chores sume beres.. Disebabkan hari hari mengadap benda yang sama, aku pon bosan. Lalu bila buat kerja macam nak tak nak je. Ikhlas ke tak ikhlas tu..ehemm biarlah aku sorang je yang tau kan. HOHOHO. Mulalah bangun bila matahari dah naik tinggi, pantang kalau ada masa terluang sikit cepat cepat aku jadi pelayar... yelah..pelayar internet. Agak addict jugaklah time tu sampailah aku disepak bertubi tubi oleh tangan aku sendiri. Barulah aku sedar yang sebenarnya internet tak ada ape pon. Alah aku bukak ape...youtube je nyanyi nyanyi..wakaka..=='

Tapi , cuti panjang ni jugak aku ada belajar macam macam yang tak pernah terlintas dalam kepala otak aku yang aku akan buat benda tu. Ehh ehh.. takdelah tak pernah terlintas langsung.. tapi macam tak percaya je aku dah pernah buat semua tu. Ohh terujanya aku. Muehehe

First, aku dapat belajar cara cara nak menjahit. I wanna be a fashion designer okayyy. Plis don't put me down..Tolonglah cakap : " yeah husna! u can do it " . ohh syok sendiri . =='
Sebenarnya, dah lama jugak terniat nak belajar menjahit since dalam banyak banyak perkara menjahit je aku rasa macam tercenderung lebih. Alhamdulillah dapatlah jugak dalam 2,3 pasang baju kurung. Baju aku jelah ..baju untuk orang lain, aku tak berani lagi nak jahit. Kang salah kang, kena pancung pulak. huhuhu..

Dalam masa yang sama aku jugak ada belajar memasak. Ni cakap ni, memasak adalah sesuatu yang paling aku tak suka. Bukannya aku terkena minyak panas, takut mata pedih bila potong bawang..tu semua lumrah yang kita akan lalui bila memasak. Setakat tolong tolong aku takde hal.. tapi kalau disuruh masak dari awal sampai dihidang..errr ...errr..err...  Yes, aku cepat2 bagi excuse. Malangnya, mak aku takkan percaya..sadisss.. So, aku pon bertekad belajar sikit sikit. Erm..takat ni,, bolehlah masak sikit sikit. Yang berat berat , aku tak nak tanggung risiko kalau sape yang makan tu akan muntah sampai keluar hijau hijau. huhuu..

Dan , common untuk bebudak lepasan SPM, mesti nak cepat2 ada lesen kan? Camtu jugak aku. Belajar memandu pada awalnya a bit hard lah..tapi lelama a bit easy. Cuma sekarang ni, even dah dapat P, aku still tak berani nak drive espesially auto. Ramai org cakap yang auto ni senang..ye betul tu. Tpi disebabkan masa belajar pakai kereta manual, bila disuruh bawak auto aku jadi blurr. So take time jugaklah utk drive kereta auto. Mungkin kalau mak ayah belikan aku suzuki swift , aku boleh drive dengan lancarnya.. hihihi.. Mimpilah kau di siang hari.

Bercakap soal 3 hari lagi sebelum ke KMNS, jujur la eah..aku tersangat sangat berdebar dan takut. Ntah macam mana situasi kat sane. InsyaAllah aku akan dapat biasakan diri kat sana. Lagi satu, aku tau yang ke matrix ni sume golongan golongan yang agak cerdik pandai, op cos la saingannya pun hebat kan..takut je tak boleh compete ngn diorang. Huhu.. NO NO NO ! aku boleh! Husna boleh !
Yes..syok sendiri sekali lagi.

Erm.. stop kejap. I dah lapar.. need some source of energy. See u bebeh ! Adiosss



22 May 2012

Last Hangout Before Pergi Matriks

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah. Sekarang boleh senyum lebar sikit pastu dah boleh nak berangan angan tinggi sikit. Sikit jelah. Diulangi, sedikit sahaja. Kerana yang pasti, perasaan takut yang dah di blend dengan gerun , berdebar, cuak.. dan macam macam perasaan lagi sedang membuat sarang dalam diri aku.. Aduhaii.. Tenanglah duhai hati. InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah :)) 

Sepanjang siang tadi duduk dalam air cond sampai kematu , boleh kejung aku . Pakal lah ada abang hensomm **aiseyhmen!** so kite kena la jaga tata tertib sebagai seorang wanita yang penuh sopan santun. muehehe.. Biaselah , adat bila berada kat bank..datang awal macam mana sekalipungg tetap kene amik nombor giliran dan tunggu. Kemudian tunggu , tunggu dan tunggu. Sampailah tiba giliran kita. Saat saat penuh menyampah tu aku sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi. Sape yang suka nak menunggu kan? Nasib baik ade member2 yang teman sambil bercerita itu ini tak benti benti sampai aku rasa kat bank tu macam kitorang je yang conquer ** plus lawak lawak tak hengat yang diorang buat. Fuhh, terima kasih kerana menghilangkan kebosanan aku =) lep uolls like a lep song bebeh la..

And almost aku tengok customer2 yang datang macam same tujuan dengan aku jee. Pays the fees for matrix registration . Yes! Asal la diorang ni ikut aku suka bayar lambat lambat ni. Awal awal haritu tak menyibuk pulak korang nak bayar..Saje dengkikan..huhu

Settle pembayaran dan buat kad bank, pergi beli stamp hasil RM10 x 2 keping kat pejabat pos pulak. Nasib baik pejabat pos dengan BSN tak berapa nak jauh kalau tak memang masak la kitorang kat tengah panas tu. Siap teragak agak lagi, nak lintas tak lintas..nak lintas tak lintas.. Bengang la jugak, terpaksa aku coverline muka sensasi ni.. hihihi

Sampai kat pejabat pos, punyelah beriye aku amik nombor giliran siap mengeluh dengan kawan aku sebab kena tunggu lagi. Rupanya, kat situ memang ada kaunter khas untuk cik adik cik adik seperti kami membeli stamp.. Now i know!. Admitlah, dari kecik sampai dah besar gabak ni, first time aku masuk post office . hehe Selama ni kalau nak post surat pon , main masukkan je kat peti surat luar pejabat tu hah.. Tak sampai 10 minit kitorang kat situ, pastu gerak pegi Kluang Parade pulak untuk sopping!! i loikeeee

Okay..sampai sane asal nmpk barang macam nak beli je..kitorang terus beli. Konon arh nak beli ikut dalam senarai. Omong kosong je lah kan. ==' Tapi takdelah semua kitorang bolot..itupun beli lepas berfikir 2,3,4,5 ,6 kali. Pastu lapar la pulak. Kitorang gerak pegi Kluang Mall untuk makan kat Raibo.. Port biasa aku dengan ain untuk isi perut. Dan ini first time untuk Fiza since before ni kalau hang out sesame , kalau tak ke KFC..pegi McDonald. Takpun pizza.. sampai muak i okay..ecehh.. 
Penat tak penat arr berjalan . Pulak tu aku pakai heels, balik rumah memang lepak.! Yang best, 2/3 dari kami dah ada lesen tapi kami tak manfaatkannye pun adoyy. 

Sempat la jugak membina kenangan sebelum masuk matrik ni. Lepas ni dah susah untuk get back semula macam ni. Aku ngn Fiza tak dehal. Satu tempat je tapi beza dengan Ain sebab die tercampak ke Tangkak. Huuuu sedihh 

Let me introduce u, girl bawah ni name die Farah Hafizah Hamka..will be on the same board with me. hieuwwww..i tak sangka satu " kapal " dengan macik nii..hihi


 Siti Nurain Mohd Jamal. Dielah yang tersadai kat Tangkak nanti.. HUUU..gonna miss u Ain. Pliz jangan curang dengan i kat sane kayy.. LOL


Maaf atas kekaburan. Manusia biasa mana tak buat silapkan? Last pic bertiga before ke matrik. 


Kalau yang si baju hitam itu Fiza, n then baju hijau tu pulak Ain..dah sah sah la yang ni aku. 
Lihatlah , aku makan maggi atau nama COVERLINE nye MI KOREA dalam keadaan perut tak berisi dari pagi. 
Sakit perut, memang padan muka. Takda ayat lain lagi yang sesuai. ye tak?

Dan a lot of apologise sebab aku kena balik awal tadi . Tak dapat la kita berjalan sangat..Sorry ye bebsss! InsyaAllah, moment ni akan sentiasa segar dalam kotak ingatan aku yang dah berkarat sikit ni. I leb uollls sooooooooo much! Tengs sebab teman aku kat bank even korang tak pasal pasal terpaksa ikut tunggu lame2. Apa apa pon, aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kita bersame ye beb! Tettttt..nak nangis dah titer ni hukhuk.. Adiosss

18 May 2012

Kerepek Singapore Satu Plastik Seringgit

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Tengahari tadi, sebelum muslim muslim yang beriman dan beramal soleh pergi ke masjid untuk menunaikan kewajipan solat jumaat..perut aku dah mencucuk cucuk . Terdengar bunyi jeritan ' woi, isilah perut kau cepat..'.
Cepat pulak aku lapar hari ni..Ohh pagi tadi aku cuma makan 2 keping biskut kering cecah dengan air Coffemate kaw kaw punye. Patut lah cepat je isi isi perut ni mintak kawan. 

Tiba tiba, aku dengar orang bagi salam, 'Assalamualaikum ciiiikk..' bape kali ntah dia ulang.Suara budak kecik.  Ikutkan aku malas nak tengok sape kat luar tu dan cuba pekakkan diri. Dan aku juga berharap supaya ayah aku yang akan bukak pintu , tengok sapa yang datang tu.  MasyaAllah. Tak boleh tak boleh ..aku kena tengok sendiri sapa yang bagi salam tu. Kot kot dia tengah nak mintak tolong ke ..siapa yang tau. 

Aku bukak pintu..ada sorang budak kecik bawak basikal pastu kat bakul basikal tu banyak kerepek kerepek yang dah sedia di pekkan. Dia tanya, ' Kak, nak beli kerepek Singapore tak?? ' 

Aku konpius sambil buat muka memang gila bengap punyee.. Tapi budak tu selamba je . Tak de gelak tak de senyum. Sah! Memang sah , budak tu tak layan lawak aku. Dia penat kot.. Nevermind.. Aku tanya satu plastik berapa ringgit? Dia jawab, ' Seringgit kak!.'. Penuh ceria..mungkin dia nampak cara aku macam nak beli.

Aku suruh dia tunggu kejap. Aku main sambar je duit yang ada atas meja. Ni mesti duit ayah. Takpe takpe.. duit ayah duit aku jugak.. Wahhhhhh : D Aku beli 2 peket bermakna aku kena bayar RM2. Aku beli bukan sebab aku nak sangat rasa macam mana kerepek Singapore tu.. Bukan jugak sebab aku dah lapar tahap dewa, so aku beli kerepek tu.. (kat rumah ada lauk, better aku makan nasi kan??) Tetapi, aku beli kerepek budak tu, dengan harapan semoga duit hasil pembelian aku ni dia dapat guna untuk kehidupan seharian. Walaupun sekadar RM 2.. Kalau satu rumah RM2, bayangkan kalau sepuluh rumah.. banyak jugakkan?? 
Herm,,kaylah. budak budak pergi sekolah, aku nak blah.. =))

p/s: kerepek singapore adalah kerepek tepung yang disira dengan gula. 

Rindu Sekolah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah 
Lagi Maha Pengasih

Tadi ada terbaca seoarang blogger punye entry, bercerita tentang peperiksaan since aku sangat sangat pasti this week memang minggu peperiksaan untuk tiap tiap sekolah. Huu..tiba tiba teringat pulak masa zaman aku masih pakai baju sekolah tu.** Aiseyh, macam dah lame noo je tinggalkan sekolah. Baru bape bulan je. Lek arr.. ^ ^

ni pintu pagar utama sekolah gua. 

Jelas tak di sini yang sebenarnya aku rinduuuuuuuuuu nak sekolah. Kalau masa tengah sekolah dulu, kita sebok nak cepat cepat habis sekolah. Sekarang ni pula, sebok pule nak masuk sekolah balik. Kadang kadang buat muka tak malu , suka hati aku je keluar masuk keluar masuk sekolah tu kacau cikgu cikgu kat bilik guru. hohoho.. Sesuka hati aku juge nak gunakan pas pelawat sekolah tu sampai asrama semata mata nak borak dengan  makcik makcik dewan makan. Terserempak dengan jaga, ada aku kisah?? Gua ada kuasa veto kat sekolah tu, jaga tak berani nak dekat. Sekali aku sergah, bertempiaran diorang lari. Nampak tak ,bahawa ini semua plastik? Semestinyeee : D ngeh ngeh ngeh

Secara tiba tiba di sini , aku terdorong untuk bercerita pasal zaman persekolahan aku. Tak nak baca sudah, aku dah gian nak taip..so nak taip jugak. Tak ada yang baca takpe, tapi apa yang aku taip ni, satu hari nanti aku akan bace balik pastu gelak sorang sorang. Fullstop. 

Tapi, buat masa ni aku tak boleh nak teruskan cerita. Mean, aku akan ceritakan nanti coz i got to go. Adoss..will be back soon... bye peep! ^ ^

16 May 2012

Amanah

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Believe it or not, since i had pressed the " confirm " button and print out all sorts of forms a weeks ago, the true colours of me mula menonjolkan kewujudannya dalam diri ini. Everyday, aku akan hitung berapa hari lagi sebelum 28 Mei ni. Lagi 20 hari..lagi 18 hari ..Masuk hari ni, 16 Mei. tinggal 13 hari lagi saje aku di rumah sebelum berhijrah ke Negeri Sembilan. Aku sibuk benor menghitung hari ni bukan sebab aku ni torrrrlobih eksaited..tapi sebab macam macam persoalan yang tengah ' mary go round ' kat kepala ni hah. Cukup bersedia kah aku ni nak menghadapi satu fasa baru dalam hidup aku? Dah persiapkan rohani dan emosi secukupnya kah aku ni? Persiapan dari segi material, kita persetan kan dulu bcoz aku tengah nak memotivasikan diri aku ni jap. : DD

Kadang kadang, aku rasa macam tak percaya..eh betul ke aku nak masuk matrik ni? Really? Series?? Dah fikir masak masak??? Even sampai rasa nak hantuk hantukkan kepala kat dinding and then selagi tak pecah selagi tu aku tak stop!. .Eahh..macam over kan? sorry. Tipu jee. Kalau nak dilayankan sedia ke tak sedia, sampai bila pun kita tak asyik tak bersedia. Macam mana sekalipun, aku kena terima kenyataan yang aku tak dapat U bukan kerana aku tak layak, tetapi ALLAH dah aturkan satu perjalanan yang cukup baik untuk masa depan aku. Rezeki aku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan aku tekad untuk tidak akan bersikap sambilewa dalam menuntut ilmu! Seriously, kesilapan masa lalu betul betul menjatuhkan semangat aku. Tapi aku takkan jadikan keputusan SPM yang hanya cukup cukup makan tu sebagai batu penghalang untuk aku capai kejayaan. Wah, bersemangatnye aku. Yeah,, u suppose Husna!

Siapa tak gembira kan, peluang yang selama ni kita impikan akhirnya ada kat depan mata. Op coslah kita nak grab mende tu kan. So do I. Aku gembira plus bersyukur sangat sangat aku dapat ke sana ( wlupon banyaaaakk persoalan negatip yang cube nak goda aku). Parents aku lagilah berganda ganda gembiranya. Biasalah kan.. ibubapa sentiasa nak yang terbaik untuk anak anaknye. Satu hari nanti, kita akan berada dalam situasi mereka juga kan? Mesti kita nak benda yang sama =) . Ada satu hati, ayah kata pada aku, ' Peluang belajar di Matrik ini adalah amanah untuk Husna..'. Kalau didengar sekali imbas, rasa macam omong kosong je. Tapi , bila kita fikir makna tersirat daripada kata kata tu, sangat berat untuk dipikul. Maksudnya, ayah dan mak letakkan satu harapan yang tinggi pada aku. Seolah olah satu batu beban besar sedang menghempap aku sekarang ni. At first, aku dah rasa sedih gila bagai sebab takut dengan harapan yang mereka letak. Kerana aku takut, aku tersasar dari landasan yang aku tengah lalu tu. Aku cuba kuatkan semangat aku balik. InsyaAllah aku boleh. =)

Aku bukan nak bersikap sombong, riak, takbur, belagak, bongkak atau apa apa jelah perkataan yang sama maksud dengannya. Dalam family, aku antara yang dikatakan 'boleh berjaya'. Yes, aku akui. Aku boleh belajar, aku yakin aku mampu berjaya cuma usaha yang aku taburkan tak berapa nak cukup. Admit la gua memang pemalas. huhuhu.. Sekali lagi, persoalan persoalan negatif cume nak mempermainkan aku. Mampu ke kau Husna?? Tawakaltu alallah. : ) Aku akan berusaha sebaik mungkin dan selebihnya aku serahkan pada Allah yang Maha Berkuasa Atas Tiap Tiap Sesuatu. 

Harapan family akan aku pegang dan akan aku capai , InsyaAllah.   




11 May 2012

Today's Journey

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Baru balik dari bandar. Pergi AgroBank, kasi 'cut' itu akaun. I am very sorrrrryyy AgroBank, perkhidmatan kalian sangat memuaskan. Percayalah, aku terpaksa sign out daripada register korang sebab I ada banyak sangat akaun bank. Gua JUTAWAN ooookay! **haha.. I tak boleh lah bebanyak akaun bank ni, nanti i sakit jiwa, hati dan macam macam lagi. Keje nak keluarkan duit je. Las las dalam akaun tu tinggal habuk, acanno tu? Cukuplah tinggal satu je ni. Tu pon sebab matrik banyak guna bank tu, that's why aku remain kat situ. =))

Since dalam bank tu tak berapa nak banyak noo manusia, aku dapat giliran yang agak cepat. So then, bila dah habis..akak aku pula tak sampai sampai, aku pon pegilah cek mata ni. Rasa macam dah bertambah tambah kabur bila pakai spect. Kalau bukak spect, lagi lah kabur maha karya cinta kan. Mana taknya sepanjang 4 bulan lebih ni aku duk menghadap minatang ni jee. 24/7 sampai karen naik menggila. Bila kene bayar ayah marah marah dan tanpa ragu ragu kemarahan itu difokuskan kepada aku. Oooooo peace peace!
Tak memasal,cuti ni aku jadi pelayar internet tegar. Not bad! Waduh waduhhh..

Sangkaanku tepat sekali. Takdelah naik banyak no, tapi naik lah jugak. Macam mana nak buat , makin hari power spect makin menaik. Aku tau, kesilapan ni datang dari aku jugak. Taksub sangat benda alah ni. Sadisss =( Nak beli spect baru, aku rasa macam bajet tak cukup..tambah tambah tahun ni memang banyak sangat nak guna duit..so aku beli lense jelah. Aku pon dah biasa guna lense , so tak menjadi masalah la. Terbanglah lagi duit aku .. Then, aku duduk tercongok , tunggu kakak aku. Tak sampai sampai. Bosann. Aku jalan jalan sorang sorang macam tak de hala tuju kat dalam mall 3 kali round. Pegi kedai, tengok kejap pastu blah. Suka hati uolls la pekerja kedai oi nak cakap aku apa. Tanya bagai nak rak, pastu blah gitu je.. haha.. Peace yaw!

Bosan sangat, aku decide nak naik bas je arhh.. Time aku nak g station bas, time tu lah makcik tu kol cakap dah nak sampai. Haishhh.. 15 minit tunggu, bas dah jalan barulah dia sampai. Aku tau aku naik bas tu jeee tahu tak? Eh, kaylah.. gua lapor. Makan lagi best. Adioss

Sory ' Lembaga '

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih


Sedang syok syok bernyanyi nyanyian untuk ke dapur..

Tiba tiba aku ternampak satu lembaga yang menakutkan..

Bersungut, berwarna hitam dan kulit yang menjengkelkan..

Aku menjerit, " AAAAAAAAAARRRRRRRR... AAAAAAAARRRRRRR.."

Aku menjerit lagi sehingga terkeluar seluar GARAU aku..ouch ouch..

Lembaga itu cuba untuk mendekatiku.

Aku lari lari anak, dan tiba tiba..!

Aku ternampak penyembur nyamuk di tepi rak .

Aku segera mengambilnya.

Lalu, dengan penuh rakus, aku menyembur ke arah lembaga itu. 

Sebanyak yang mungkin, hingga aku puassssss...

Yeahh!! Lembaga itu lari lintang pukang tanpa hala tuju .. mungkin kerana pening yang keterlaluan. 

Tetapi lembaga itu seolah olah masih mengejarku.

Aku minta pertolongan kakakku , tolong aku mary tolong la... dengan muka penuh simpati.

Dia cuba menjadi hero untuk menyelamatkan ku, malangnya dia berundur..

Kerana bau penyembur nyamuk yang terlalu kuat membuatkannya nak muntah sampai keluar hijau hijau. 

Dia memarahiku kerana menyembur ikut suka hati aku je..

Tak pasal pasal dapat makan die, BODOH la kau ni..

???????

Apa salahku?

Dengan penuh kesedihan, aku bangkit untuk melawan kembali lembaga itu.

Aku memanfaatkan apa yang aku pelajari dalam silat tempur untuk meNYAHkan lembaga tu..

Hiyarkhhhhh!.

Akhirnya, aku berjaya menumpaskna lembaga itu.

Lembaga itu, mati dalam keadaan yang mengerikan.

Entah kenapa, belakangan ini, spesies2 lembaga itu kerap kelaur dari tempat persembunyiannya.

Mungkin kerana nak usha aku yang cik mek molek ni.

Tak usahlah kau nak mentackle aku.

Aku sangat membenci kau nye pun adoyy..

Maaf kan aku lembaga, aku terpaksa membunuh kau dengan begitu kejam sekali..

Kerana kau menakutkan aku.

Sekian.

Lembaga di atas adalah sang lipas.. : S


SEBELUM KE MATRIK..

Assalamulaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Semalam, seperti yang dirancang, aku dengan Ain dapatlah pusing pusing satu Kluang macam Kluang ni kitorang yang punyee haha. Kejap ke sana kejap ke sini. Sepanjang jalan adeee je benda yang kitorang dok sembangkan. Yelah, lepas ni entah bila lagi kami dapat jenjalan berdua, gelak berdua, nangis berdua dan bla bla bla berdua. Ehh, jangan salah anggap pulak ye. We are bestie! Peace yaw. : D
Sebelum ni, kitorang memang rapat gile ar gua cakap sama lu. Since form 2 dah sekelas. Ikutkan , alah baru 3,4 tahun kenal. Tapi sepanjang 3, 4 tahun kenal tu , aku dapat tau macam macam tentang dia. So do her. Dia tau macam macam pasal aku. Di mana ada aku, kat situ ada Ain. Macam tu jugak sebaliknya. For me personally, aku lebih selesa untuk bercerita itu ini itu ini dengan dia. Mungkin itu juga menjadi sebab dia selesa untuk berkongsi rahsia dengan aku. Ehh ehh macam nak meleleh air mata ni pulak. huhuhu. Now, this is the time, which we both have to take our own course. Kami dapat matrik. Tapi Ain di selatan, aku pula kat nogori sembilan nun. Sangatlah pentipu kalau aku cakap aku tak sedih, yelah before ni dah selalu berdua, tiba tiba kene far apart. Untuk berjaya, kita perlukan pengorbanan kan? huhu

Back to the track, kami ambil peluang ni untuk berborak puas puas dan gelak sehabis mungkin. Alahai, macam takde keje lain je kan? Haihh,, i don't care!. =D Mengikut perancangan awal, kitorang nak tengok The Avengers. Dah alang alang kat banda tu , why not shopping sekali kan. Tapi takdelah shopping mane. Beli mana yang rasa ringan nak bawak je , well well well balik naik bas kan. Aku ada lesen pon macam tak guna. Sebab aku cuma nak bawak lamborghini je. Wekkk.. Mari muntah ramai ramai.
Wahh , The Avengers memang osemmm lah. Paling osem dalam cinema tu ade 5 orang je yang tengok. Nak baring, terlentang, terbongkang pon tak pe..tu kalau tak ada rasa malu dalam diri la..==" Sengaja pilih tgok awal awal pagi sebab lepas setel tengok cerita tu ..baru bes nak jenjalon puas puas.
Kemudian, kami menghambakan diri kepada Allah sekejap. And then makan kat Raibo. The best part, kitorang memang laparr gile since dari pagi tak jamah ape2. Aku cuma minum air kotak Vico je.. Boleh pulak kenyang sampai tengahari. Kat rumah ..pantang.mesti nak makan je. Selesai makan, it's the time!! Shopping. Haha. Bagi yang gile shopping + kuat membazir mcm kitorang ni, kalau diberi satu juta, sehari je bole lesap duit tu okay. Hahahah. So, daripada rumah dah ingatkan diri aku ni, Husna nanti kalau nak beli barang, plis think it wisely. Okay! Tak nak perhabis sume duit. Save sikit. Aku ulang ea. SAVE sikit. Sekali lagi aku ulang, SAVE SIKIT. Gaya nak SAVE tu macam tak nampak lah. Tapi, Alhamdulillah, aku berjaya menahan diri ini daripada godaan godaan syaitan yang direjam untuk membeli barang barang yang bukan dalam senarai bagai tu. Nampak tak kemuslimahan aku? Kite memang muslimah sejati lahh.. Tak caya lettew.

Banyak kedai yang kitorang dah ceroboh. Series, penat penat sume tu aku tolak tepi. Bile lagi kan? Nak tunggu cuti mase matrik, entah dapat entah tidak kitorang hang out sesame. Dalam kitorang berborak borak tu, aku rasa macam haiiii, sedihnye lah titter. Nevermind, we'll always keep in touch kay Ain. Sempat jugak aku belanja dia makan sebagai hadiah befday die haritu. Kitorang ada beli selipar same tauu!!. Jangan LEJES okayy. Tu saje jee... Hishhh sedih la.. Gonna miss u Ain. =)))


And, Ain, this for you:
Adiossss..
Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih


Sedang syok syok bernyanyi nyanyian untuk ke dapur..

Tiba tiba aku ternampak satu lembaga yang menakutkan..

Bersungut, berwarna hitam dan kulit yang menjengkelkan..

Aku menjerit, " AAAAAAAAAARRRRRRRR... AAAAAAAARRRRRRR.."

Aku menjerit lagi sehingga terkeluar seluar GARAU aku..ouch ouch..

Lembaga itu cuba untuk mendekatiku.

Aku lari lari anak, dan tiba tiba..!

Aku ternampak penyembur nyamuk di tepi rak .

Aku segera mengambilnya.

Lalu, dengan penuh rakus, aku menyembur ke arah lembaga itu. 

Sebanyak yang mungkin, hingga aku puassssss...

Yeahh!! Lembaga itu lari lintang pukang tanpa hala tuju .. mungkin kerana pening yang keterlaluan. 

Tetapi lembaga itu seolah olah masih mengejarku.

Aku minta pertolongan kakakku , tolong aku mary tolong la... dengan muka penuh simpati.

Dia cuba menjadi hero untuk menyelamatkan ku, malangnya dia berundur..

Kerana bau penyembur nyamuk yang terlalu kuat membuatkannya nak muntah sampai keluar hijau hijau. 

Dia memarahiku kerana menyembur ikut suka hati aku je..

Tak pasal pasal dapat makan die, BODOH la kau ni..

???????

Apa salahku?

Dengan penuh kesedihan, aku bangkit untuk melawan kembali lembaga itu.

Aku memanfaatkan apa yang aku pelajari dalam silat tempur untuk meNYAHkan lembaga tu..

Hiyarkhhhhh!.

Akhirnya, aku berjaya menumpaskna lembaga itu.

Lembaga itu, mati dalam keadaan yang mengerikan.

Entah kenapa, belakangan ini, spesies2 lembaga itu kerap kelaur dari tempat persembunyiannya.

Mungkin kerana nak usha aku yang cik mek molek ni.

Tak usahlah kau nak mentackle aku.

Aku sangat membenci kau nye pun adoyy..

Maaf kan aku lembaga, aku terpaksa membunuh kau dengan begitu kejam sekali..

Kerana kau menakutkan aku.

Sekian.

Lembaga di atas adalah sang lipas.. : S






7 May 2012

Keputusan UPU 2012

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Hari ni adalah salah satu hari yang mendebarkan especially untuk lepasan lepasan SPM 2011 . Sebabnya hari ini keputusan permohonan UPU yang telah dimohon lebih kurang 2 bulan yang lepas , diumumkan. Macam biasalah nak cek mestilah pegi link upu dulu.  http://upu.mohe.gov.com .my. Pastu klik la kat mane mane. If korang dari selatan macam aku, tekanlah selatan . Kalau dari Sabah, klik lah kat Sabah and so on. Kemudian letakkan ic dalam kolum yang dah disediakan. Klik masuk dan taraaaa.. keluarlah keputusannya. Eh gembiro noo aku ni? Macam dapat je? Hins hins hins..dapat mende? Tak dapat okay.. Frustrating lah ni.

Ikutkan , banyak link yang boleh kita guna. Yang tu salah satu daripadanyalah. Tapi rasanya mungkin ade error error sikit sebab link tu mula buka pukul 12 tadi dan sudah semestinya ramai orang berpusu pusu nak tengok keputusan. Termasuklah aku. Pukul 10 dah on9, torlobih eksaited. Bile bukak, aishhh malas nak kabor. Tak dapatttttttttt T_____T. Macam tak caya je aku tak dapat. Uwekk bajet macam dapat result SPM 10 A. Half daripada 10 adalah. Pulak tu ada kawan kawan yang result lagi bawah dapat masuk. Humangaihh mana sedih kauu.!  Bila pikir pikir balik, ohhh maybe gred sains tulen die gempak, aku pula suam suam kuku. Nampak sgt A aku cuma yang asas je. Muehehe. =="

So, nampaknye ke matrik lah aku ni. Ayoyo. Yes, selama ni memang berangan sebok nak masuk matrik je, tak pikir pon persaingannye macam mana. Bila dah dapat ni, aduhhh macam kene hempap ngn batu. Sadis..
Tak pelah, aku tak dapat ke UPU, rezeki aku matrik. Aku yakin Allah dah tentukan setiap inci perjalanan hidup aku dengan baik. Agak upset jugak arr tak dapat ni kan. Lagipun selama ni memang aku tertunggu tunggu upu ni. Memang really hope dapatlah.. Sob sob sob.. Mak kol daripada tempat kerja, baru nak jawab belum cakap lagi dah melilih air mata, Sedih noo. . Eh sedih la beb!

Pasni nak g laman 'bersawang' KMNS dan tekan konfem! Nak menyejukkan hati, ajak kengkawan g shopping rabu ni. Alahaii..mak, make sure u give me a lot of money this wednesday okayy. I nak borong semua benda dalam semua mall kat Kluang ni, HAHAHAHA. ----->
Adiossss,, aku hanya nampak duit je sekarang ni wakaka.

3 May 2012

oh powwer rangersss

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih


Berada dalam keadaan yang agak frust kerana permohonan IPG aku telah di tolakkkk.. Ouch ouch.. hehe. Sebenarnya dari awal dah agak dah memang takkan dapat. Result paling minima ialah seseorang pelajar itu mestilah sekurang kurangnya mendapat 9 A. Aku ade 5 je.. mane nak cekau lagi 4 tu ?? Kalau aku tau, aku join Bersih.. eh.. tetibe**

Dah berdekah dekah gelak masa nak bagitau mak. Dalam hati menangis tak berlagu kayy. T_____T
Mak suruh rayu. Ikut jelah. Ade rezeki adelah tu kan. So, nak membendung rasa frust tu, aku bertekad lepas ni nak jadi power rangers.. Memang tak de kene mengena. eh sukati leww ^ ^.

oke jum bertukarrrr. satu dua tiga.. taraaa


Nampak tak imaginasi tinggi aku mula bersinar.. Well, sayakan bakal pemimpin negara.. hohoho
okelah. malas pulak nak meleret panjang panjang. adiosss

1 May 2012

Oh Bersih 3.0

Assalamualaikum
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasih

Dengan penuh tunduk sebagai seorang makhluk Allah, mari kita mulakan posting kali ini dengan lafaz Alhamdulillah. Alhamdulillah, hari ini kita masih bernafas lagi, dapat menghambakan diri kepada Yang Maha Esa seterusnya membersihkan diri daripada segalam macam kekotoran dunia.

Dua tiga hari yang lepas, negara kita heboh dan gempar dengan banjiran rakyat yang menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan kebanyakan negeri (mainly in KL). Turut serta, beberapa buah negara seperti Mesir, Jordan , Australia, Toronto dan banyak lagi, di mana ada rakyat Malaysia (khususnya) yang berada di sana memberi sokongan dari jauh (admit sendiri by my bro in Egypt).
Mengikut perancangan, perhimpunan ini akan diadakan secara aman kerana tujuannya adalah 'duduk bantah' ke atas beberapa perkara atau lebih sedap lagi kalau dipanggil perlembagaan yang menuntut hak dan keadilan iaitu :

  • Pembersihan senarai undi
  • Reformasi undi pos
  • Gunakan dakwat kekal dalam pilihan raya
  • Masa kempen minimum 21 hari
  • Akses media yang bebas dan adil
  • Kukuhkan institusi awam
  • Hentikan rasuah
  • Hentikan politik kotor
Hak dan keadilan untuk siapa? Untuk kepentingan sesebuah parti kah? Untuk kepentingan diri sendiri kah? Okayy..omputih kata " Gooood questions". Untuk siapa lagi kalau bukan rakyat. Hak, keadilan dan keselesaan rakyat, keharmonian negara dan pemimpin seterusnya kesejahteraan raja dan perlembagaan. Tak lupa juga, keseimbangan dalam setiap aspek. Persoalannya, mana hak dan keadilan tu?

Pada mulanya, perhimpunan sudah pun mendapat keizinan tetapi tiba tiba mendapat bantahan. Namun, perhimpunan ini tetap sahaja diadakan dan dikawal rapi oleh pihak polis. Sangat jelas, pihak polis menjalankan tugas mereka dengan baik. ** Perhimpunan yang pada mulanya dalam situasi yang masih boleh dikawal, bertukar menjadi genting seolah olah berada dalam gelanggang perlawanan pedang antara SILENT MAJORITY dengan LOUD MINORITY. Siapa SILENT MAJORITY? Siapa LOUD MINORITY ?
Anda bijak untuk menentukannya, sangat pasti! Kita mesti pernah dengar pepatah, ' Sarang tebuan jangan dijolok..' akibatnya..begitulah jadinya. Berdasarkan video video dan gambar-gambar yang telah dipertontonkan kepada umum, banyak benorr andaian yang boleh dibuat. Biasalah, satu gambar boleh menghasilkan beribu ribu huraian. Silap silap lebih dari tu. Ada yang cuba melindungi peserta peserta perhimpunan dan para pemimpin, tak kurang hebat, ada juga yang beriye iye memberikan ulasan bagi melindungi pihak polis dan pro kerajaan. Masing masing juga saling menyalahkan antara satu sama lain. Aku percaya, perkara ini masih belum habis dibahas di balai balai polis, parlimen, warung warung kopi , sekolah dan IPT serta di tepi jalan. Tiada kata putus untuk menentukan siapa yang bersalah. Pihak polis terus terusan mengacu kesalahan kepada para peserta. Para peserta pula mengembalikan kesalahan itu dan diletakkan ke atas bahu pihak polis.

Ada yang kata, mereka yang menyertai perhimpunan ini kurang bijak dalam membuat keputusan kerana mengambil inisiatif yang salah iaitu melakukan demonstrasi yang 'merepek' katanya. Kalau nak buat sangat, tu haaahh buat kat stadium..macam tulah lebih kurang katanya.. Ada juga yang kata provokasi itu dimulakan oleh pihak polis sendiri yang cuba menyamar dan diberi upahan. Peserta peserta yang tidak tahu akan kewujudan kelompok ini,  follow the flow pulak dah. Maksudnya mengikut segala tindak tanduk si upahan tu. Acanno tu? Kononnya nak 'meramaikan' dan meramahkan demonstrasi itu. Sejauh mana cerita ni, tidaklah dapat aku pastikan.I don't know. Kerana aku tidak berada di sana walaupun hati ini meronta ronta ingin ke sana. Jangan risau. Alllah Maha Mengetahui setiap sesuatu. Whatever it is, I believe in my sense. Speaking lah pulak. Takpelah, sekurang kurangnya kelompok itu menyokong Bersih walaupun dalam penyamaran. Siapa tau, di sudut hati si upahan, sebenarnya menyokong perhimpunan ini. HOHOHO.

Aku percaya hampir setengah daripada penduduk Malaysia yang menyertai perhimpunan
Bersih 3.0 ini. Admit lah perhimpuanan ini didominasi oleh warga pembangkang. Tetapi sebenarnya, ada antara mereka yang berada dalam kerajaan juga menyokong kempen ini. Malah mereka turun padang untuk menyertai perhimpunan ini.' Kita kena sedar, bahawa rakyat sekarang ini sudah bijak dan celik ..', biasa dengar tak ayat ni? Haa.. dah boleh nampak kan sekarang ni. Dah selari dengan kerajaan selama ini yang ingin melahirkan modal insan minda kelas pertama. Bijak dan celik. Satu lagi, perlu diingatkandi sini ye, kita tak boleh tawan dunia apetah Malaysia yang kecil sangat ni. Siapalah kita?? Haruman cinta teargas, tumbukan manja, pukulan mesra, sepakan rindu, sikuan romantik, pengeditan tahap terbaekk wokk, racunan manis pada minda, usapan lembut kuku besi, belaian jampi serapahan sekalipun masih kerdil dibandingkan dengan kuasa Tuhan. Dunia ini termasuk Malaysia milik siapa sayang sayang sekalian? Milik Allah jawab mereka. Nyah hamik kau 10 bintang.

Aku sedar siapalah aku ni. Tak ada darah pemimpin politik langsung sampai beriye iye komen panjang panjang ni. Orang tua kata masih hingusan dalam mengenal dunia politik. Tetapi tidak salahkan, anak muda seperti aku berpendapat . Kami punya hak untuk memberikan pendapat. Had had umur tu semua hanyalah kelayakan untuk mengundi. Tidak untuk memberikan pendapat. Bukankah kami bakal pemimpin negara? Masakan kami tidak boleh mengambil tahu tentang persekitaran negara. Chewahh. Tidak boleh tidak, aku kena akui yang aku masih di bawah umur .

Sekadar berpendapat, apalah kiranya, bagi mereka yang pro kerajaan meluangkan sedikit masa untuk mengenali apa itu pembangkang. Maksudnya di sini, kita mendengar dari kedua dua pandangan. Baik pembangkan baik kerajaan. Kemudian kita bandingkan. Kita tidak boleh meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada sesuatu medium yang menyalurkan berita. Kita sendiri yang perlu selidik. Bukan nak mebuktikan siapa betul sipa salah. Sekurang kurangnya, kita sedar terlampau banyak cerita serta versinya. Sedikit sebanyak, ada juga pengetahuan mengenai pembangkang yang kita tau. Tidaklah tuduh melulu tanpa tau cerita dari versi yang lain. At least, we have done a homework. Begitu juga dengan mereka yang pro pembangkang. Jangan sombong sombong, Tuhan marah tau.

Aku dibesarkan dalam keluarga pembangkang , yang sedari kecil diterapkan dengan isu politik yang lebih cenderung ke arah pembangkang. Begitu juga dengan kalian yang lahir dalam persekitaran pro kerajaan. Dibesarkan dengan menanam sifat lebih kepada kerajaan. Am i right? So, we are getting older and older. There's many part in this cuntry which we have to explore. Dalam family aku sendiri, walaupun kami pembangkang, kami seimbangkan pengetahuan politik daripada semua media elektronik dan media cetak. We are doing homework. Haishh..puji family sendiri nampak? Tak,, dah hakikat nak buat macam mana kan.. Muehehe.. Tak delah, sekurang kurangnya, kita ada ilmu tau. Bukanlah nak menunjuk kononnya aku ada banyakkkk ilmu . Anda sendiri kalau diberi pilihan mestilah nak jadi orang yang berilmu kan? Malulah, kita bukan main lagi nak berhujah , tapi pengetahuan yang ada seciput je.

Berhenti kat sinilah. Mohon maaf ye. Sebarang kesilapan , tegurlah aku. InsyaAllah akan berusaha untuk menerimanya. =)))